Minggu, 17 Maret 2013

Jangan Diperbodohkan Oleh Propaganda


Ada fitnah yang dilakukan secara terus-menerus terhadap Islam, fitnah itu ialah bahawa Islam adalah agama yang mendambakan keganasan dan ingin menguasai dunia. Sebelum anda menelan kata-kata kosong hasil rekaan golongan yang mempunyai agenda sendiri dan buuk sangka ini, ikutilah dahulu beberapa perkara yang akan diterangkan di dalam artikel ini.
Bandingkan sejarah Islam dengan sejarah Eropah, yang selama berabad-abad di sebut sebagai Christendom (umat Kristian). Pandangan yang objektif akan menunjukkan bahwa umat Kristian akan muncul sebagai juara pertama pada konteks umat yang paling sering berperang dan hauskan darah. Lagipula, bangsa Eropah dan keturuannya tidak seharusnya ingin menguasai dunia, termasuk menguasai negara-negara Islam, karena mereka mengikuti ajaran lemah-lembut Yesus, betul bukan?
Mengenai kebiasan yang sudah menjadi trend dari pengutipan dengan sewenang-wenangnya dari ajaran kitab suci dan membawanya di luar konteks, kita boleh lihat bagaimana orang Kristian melihat Perjanjian Lama mereka. Dalam Alkitab Perjanjian Lama, anda boleh menemui bagaimana Tuhan mendokong standard moral yang bersifat talam dua muka, Tuhan mendokong perhambaan, memerintahkan Bani Israil untuk melakukan pembersihan etnik dan melakukan pembunuhan bayi secara besar-besaran. Saya tidak percaya anda akan menemukan hal yang serupa di dalam al-Qur’an.

Perkataan ‘jihad‘, yang sering disalah-gunakan dimasa sekarang, mempunyai makna yang pelbagai. Jihad pada dasarnya bermakna ‘perjuangan’, adalah perjuangan yang bersifat spiritual atau individual, atau perjuangan politik damai. Hanya apabila Islam diserang maka umat Islam wajib mempertahankannya dengan mengangkat senjata. Jika hal-hal ini disebut oleh propaganda buruk seperti istilah “Islamo-Fasis”, maka ini mengingatkan kembali kepada saya bahwa fasisme adalah hasil pemikiran Eropah oleh umat Kristian. Pada pengetahuan saya, satu-satunya pemerintahan fasis yang pernah ada di atas planet ini adalah pemerintahan Eropah Kristian.
Kata-kata kosong lain yang sering digembar-gemburkan ialah bahawa Islam memaksa orang untuk menganut agama Islam. Pada kenyataannya tidak begitu. Bahkan, pada saat dinasti-dinasti Arab melakukan perluasan tanah kerajaan Kkhalifah, jarang sekali terjadi pemaksaan ideologi Islam terhadap daerah yang telah ditakluk oleh mereka. Bahkan, Al-Quran telah melarangnya, seingat saya. Tentu sahaja, jika orang Muslim berkuasa, maka ramai orang akan memutuskan untuk berpindah agama menurut keinginannya, namun hal ini hanyalah satu dari aspek kecil sifat manusia.
Saya teringat pada saat rakyat Floria memilih gabenor pertama mereka daripada parti Republikan pada abad ke-20. Saya melihat ramai orang menyertai gerakan parti Republikan kerana tertarik oleh janjinya. Dengan sejumlah pengecualian langka, manusia selalu beraksi menurut apa yang mereka rasa, benar atau salah, selalu menurut kepentingannya.
Umat Kristianlah yang sering membunuh orang Yahudi, maka tidak pernah anda akan menemui hal yang sama seperti Holocaust dalam sejarah Islam. Bahkan pada faktanya, pada saat kaum Yahudi diseksa oleh umat Kristian Eropah, kaum Yahudi seringkali melarikan diri dan menemui perlindungan di negara-negara Islam. Sehingga negara Israel didirikan, hampir setiap negara Islam memiliki populasi penduduk Yahudi yang besar sejak beberapa generasi yang lalu. Bahkan, pada imasa sekarang anda masih boleh menemui umat Yahudi dan Kristian di sesetengah negara-negara Islam.
Perkara yang terakhir ialah jika anda mendengar kata-kata seorang Muslim yang radikal, ingatlah ia hanya satu dari 1 billion umat Islam di dunia dan berbicara hanya untuk dirinya dan sejumlah kecil pengikutnya. Dan waspadalah akan ayat-ayat yang diperkatakan, kerana sering terjadi ayat-ayat tersebut dengan sengaja di karang-karang dan diubah maksudnya. Jika umat Islam benar-benar ingin menguasai dunia, apakah tidak aneh bagi anda bahwa kita telah tinggal berdampingan dengan mereka dalam damai selama hampir 1.500 tahun, kecuali pada saat kita terlebih dulu menyerang mereka (pada Perang Salib, penjajahan bangsa Eropah terhadap negara-negara Islam dan pencerobohan terhadap Iraq)? Dan jangan pula anda lupa sejumlah negara yang di sebut sebagai sekutu pemerintahan Bush adalah negara-negara Muslim, seperti — Mesir, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, dan sebagainya?
Anda tidak perlu takut terhadap Islam. Gerakan Al Qaida hanyalah merupakan kelompok kecil daripada umat Islam dan tidak akan menjadi sesuati kekuatan dominan, kecuali apa yang pemerintahan Bush telah melakukan hal di luar batas, sehingga meyakinkan umat Islam bahawa propaganda yang dihembuskan Osama Bin Laden adalah benar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.